Friday, June 25, 2004

 

Gadis Metro Dari Baling

Shera ikut jejak ayah

Shera ikut jejak ayah

“SAYA diminta membuka tudung seandainya ingin bekerja ditempat mereka,” itulah luahan gadis manis yang berasal dari Baling, Kedah. Dia melahirkan rasa kecewa tatkala terdapat majikan yang tidak suka wanita bertudung bekerja ditempat mereka. “Masih saya ingat lagi ketika saya memohon untuk bekerja di sebuah butik. Bayangkan saya disuruh membuka tudung dan berpakaian agak seksi. Diketika itu, saya diselubungi perasaan kecewa kerana majikan yang menyuruh membuka tudung itu adalah orang Islam. Bertudung itukan tutuntuan Islam. Jadi, buat apalah nak mempertikaikan sama ada bertudung atau tidak,” kata personaliti gadis metro kali ini, Noor Hasyirah Samsudin atau Shera. Dia yang pernah mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Agama Kedah dan bekas pelajar Universiti Pertanian Malaysia menyifatkan tindakan tersebut adalah salah. “Saya juga melihat rakan-rakan terpaksa membuka tudung mereka hanya kerana ingin mencari pekerjaan. Maklum sajalah, diketika ini begitu sukar untuk mendapatkan pekerjaan, mungkin mereka mengambil jalan mudah dengan membuka tudung. Jadi, peluang untuk mendapatkan pekerjaan lebih cerah,” katanya yang kini aktif sebagai pegawai pemasaran untuk barangan kecantikan wanita. Wajah gadis berbintang Aquarius ini juga sentiasa menghiasi majalah tempatan. Dia menjadikan bidang peragaan sebagai hobi dan mengimpikan untuk bergelar pengacara satu hari kelak. “Pun begitu, saya mempunyai impian yang tinggi menggunung. Saya ingin bergelar seorang guru sesuai dengan lulusan saya iaitu Ijazah Sarjana Muda Bahasa. Saya ingat mengikut jejak langkah ayah yang juga merupakan seorang guru di Kedah. Mungkin belum rezeki saya untuk bergelar pendidik dalam waktu yang terdekat ini. Apapun, saya tetap berusaha untuk mengapainya,”katanya bersungguh.

Nama: Noor Hasyirah Samsudin
Panggilan: Shera
Tarikh Lahir: 14 Febuari 1980
Asal: Baling, Kedah
Keluarga: Anak pertama dari tujuh beradik
Tinggi: 165 cm
Berat: 49 kg
Zodiak: Aquarius
Hobi: Melancong, membaca & membeli belah
Kerjaya: Pegawai pemasaran
Cita-cita: Guru
Kod: 142
|

This page is powered by Blogger. Isn't yours?