Friday, June 25, 2004

 

Gadis Metro Seterusnya...

Dunia harus aman

Dunia harus aman

KEADAAN dunia yang kini dikatogerikan sebagai tenat menyebabkan ada yang berfikir bahawa dunia kini sudah akhir zaman kerana sabah hari ada saja peristiwa yang menyayat hati berlaku. Tidak cukup dengan itu, peperangan juga menjadi permainan ramai pemimpin dunia hingga menjadi episod paling sedih apabila banyak nyawa yang tidak berdosa melayang begitu saja. Personaliti Gadis Metro, Nur Fadzilla Ramli, 23, menganggap mereka yang melakukan peperangan adalah golongan yang tidak berperi kemanusiaan. Gadis manis bertudung yang juga bekas pelajar Kolej Yayasan Melaka ini, berkata, golongan ini juga terlalu taksub menakluki dunia sehingga sanggup berbunuh sesama sendiri. “Saya kecewa melihat apa yang berlaku. Sungguhpun banyak cara mengatasi peperangan namun masih belum ada penyelesaiannya. “Malah, peperangan terus bermaharaja rela dan manusia yang berhatikan binatang sentiasa mencari mangsa, meninggalkan ramai manusia bergelimpangan berlumuran darah. “Bagi saya, ketika ini dunia sepatutnya aman kerana manusia memerlukan kehidupan yang tenang dan sempurna. Kalau hari-hari menghadap darah, tempat tinggal dimusnahkan, terpaksa berhijrah dan hidup dalam kemiskinan, ia bukahlah satu perkara yang mudah dan cukup menyeksakan,” katanya. Tambah Nur Fadzilla yang mesra dengan panggilan Dilla, jalan penyelesaian sehingga kini belum mendatangkan hasil walaupun Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) cuba mengatasi masalah ini. “Jika dibiarkan begitu saja, pasti ramai lagi yang menjadi mangsa. Kanak-kanak, warga tua dan golongan remaja yang bakal menjadi pemimpin pada masa depan hidup dalam ketakutan. “Kalau beginilah jadinya, bagaimana mereka ingin meneruskan kehidupan? PBB harus mengambil berat keadaan ini dan jangan hanya memandang tetapi tidak menoleh dan melihat apa yang berlaku. “Saya rasa cukup bangga dan bersyukur kerana dilahirkan dalam sebuah negara yang aman dan jauh dari peperangan. “Namun, dalam masa yang sama saya berasa sedih melihat peperangan yang menimpa mereka di luar sana,” kata Dilla penuh simpati. Dilla yang memiliki sijil Pelukis Plan Seni Bina, kini bekerja di sebuah syarikat Lanskap Arkitek di In- Site Design di Kuala Lumpur. Gadis kelahiran Alor Star, Kedah ini bercita-cita menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Nama: Nur Fadzilla Ramli
Panggilan: Dilla
Tarikh Lahir: 6 November 1984
Asal: Alor Setar, Kedah
Keluarga: Anak Ke 3 daripada 7 beradik
Tinggi: 158 cm
Berat: 52 kg
Zodiak: Scorpio
Hobi: Main Boling, Melancong
Kerjaya:
Cita-cita: Arkitek/Pensyarah
Kod: 100
|

This page is powered by Blogger. Isn't yours?