Friday, June 25, 2004

 

Gadis Metro Yang Comel

Manfaat masa terluang

Manfaat masa terluang

NORSURIAMI Supatdy, gadis manis bertubuh kecil molek yang menghiasi ruangan personaliti Gadis Metro kali ini sering memanfaatkan masa terluang untuk memenuhi minat dan cita-citanya dalam seni walaupun sibuk dengan tugas hariannya. Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan dan mesra dengan panggilan Mimie berkata, tugasnya sebagai kerani di sebuah bank di Damansara yang menguruskan amanah saham dan dana pelaburan serta kerap bertemu ramai orang bukan alasan melupakan minatnya. “Saya mula aktif dalam bidang seni sejak dua tahun lalu dan menceburinya secara sambilan. Bagaimanapun kerana komitmen kerja, saya belum berhasrat bergiat sepenuh masa sebaliknya saya lebih selesa berlakon drama, sitkom dan iklan komersil secara sambilan. “Kalau diikutkan, banyak juga tawaran berlakon yang terpaksa saya tolak kerana tiada masa. Saya mahu mengukuhkan dulu kedudukan saya dalam kerja kemudian barulah menceburi bidang lain,” katanya yang pernah berlakon dalam Kopitiam dan beberapa iklan komersil seperti Petronas, Ponds, Dettol dan Telekom. Mimie pernah menuntut di Institut Tutorial dalam bidang Teknologi Maklumat berkata, dia berpegang kepada prinsip hidup ‘bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang dilakukan’ kerana yakin setiap kerja yang dilakukan dengan bersungguh sungguh akan mendapat hasil yang terbaik. “Apabila kita buat dengan baik, kita akan berasa puas. Saya menyertai Gadis Metro ini pun kerana mahu menyahut cabaran daripada keluarga dan rakan-rakan,” katanya.

Nama: Norsuriami Supatdy
Panggilan:
Tarikh Lahir: 9 Ogos 1982
Asal: Kota Bahru, Kelantan
Keluarga: Anak kedua daripada lima beradik
Tinggi: 158 cm
Berat: 43 kg
Zodiak: Leo
Hobi: Membaca, melancong dan membeli belah
Kerjaya: Kerani
Cita-cita: Berjaya dalam bidang yang diceburi
Kod: 134
|

This page is powered by Blogger. Isn't yours?