Friday, June 25, 2004

 

Gadis Metro Yang Paling Aku Minat

Hargai jasa ibu bapa

Hargai jasa ibu bapa

TANPA mereka siapalah kita dan tanpa mereka tak mungkin kita hadir di dunia. Namun bukan sesuatu yang ganjil pada era ini, segelintir masyarakat moden beranggapan adanya ibu bapa yang uzur menyusahkan dan membebankan. Begitulah nasib ibu bapa yang gigih berusaha untuk membesarkan anak-anak. Agak menyedihkan pula, balasan yang diberikan oleh anak mereka ialah dengan menghantar ibu dan bapa mereka ke rumah orang tua-tua. Personaliti gadis metro kali ini ialah Marianti Bakar mesra dipanggil Ria, mudah terangsang emosinya jika anak-anak menyisihkan ibu bapa. Berusia lingkungan 22 tahun, Ria bertugas sebagai eksekutif pemasaran di syarikat swasta. “Saya rasa bertuah mempunyai keluarga yang besar dan bahagia. Biarpun adik beradik ramai, ibu bapa saya tidak pilih kasih dalam mencurahkan kasih sayang kepada kami sekeluarga,” kata anak pegawai kastam di Perak ini. Tinggal berjauhan dengan keluarga bukan alasan bagi Ria untuk tidak menjenguk ibu bapanya di kampung. Malah dia beruntung, ibu bapanya pula tidak lupa berjumpanya di Kuala Lumpur setiap kali ada kelapangan . “Ayah saya bekerja di Perak, ibu suri rumah sepenuh masa dan saya pula bekerja di Kuala Lumpur. Namun jika ada kelapangan saya akan pulang bercuti bertemu mereka,” katanya. Menurut Ria, apabila membaca kisah anak-anak menyisihkan ibu bapa mereka, hatinya mudah tersentuh. Baginya, ibu dan bapa adalah tempat mengadu dan menumpang kasih sayang. “Ada segelintir mereka yang sanggup memperlekehkan mereka lalu menghantar ke rumah orang tua-tua. Ini berlaku adalah disebabkan sikap anak itu yang beranggapan mereka cuma beban,” katanya. Ria mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Hulu, Perak. Bersempena Hari Ibu, Ria berharap anak-anak meraikannya bagi menambahkan lagi kemesraan antara ibu dan anak. “Anak-anak seharusnya menjaga kebajikan ibu bapa bukannya menghantar mereka ke rumah orang tua-tua. Saya rasa tanggungjawab itu harus dipikul dan sudah tiba masanya untuk menjaganya sesudah mereka membesarkan kita,” katanya.

Nama: Marianti Bakar
Panggilan: Ria
Tarikh Lahir: 3 April 1982
Asal: Larkin, Johor
Keluarga: Anak kelima dari sembilan beradik
Tinggi: 150 cm
Berat: 43 kg
Zodiak: Aries
Hobi: Membaca & memasak
Kerjaya: Eksekutif pemasaran
Cita-cita: Berjaya dalam bidang yang diceburi
Kod: 112
|

This page is powered by Blogger. Isn't yours?