Tuesday, June 22, 2004

 

Gadis Metro....Cantik Gak

Azie ikut nasihat ayah


Azie ikut nasihat ayah

PERSONALITI Gadis Metro kali ini, Nazila @ Nor Azie Sulaiman satu ketika pernah bercita-cita untuk berkhidmat dalam pasukan beruniform, tentera udara, namun kini dia beralih arah menceburi bidang kecantikan atas nasihat bapanya.
Akur dengan nasihat ayahnya bahawa kerjaya sebagai tentera udara mencabar dan tidak sesuai dengan sifatnya yang lembut, Nazila bertindak mencari pekerjaan lain.
“Sebenarnya ayah begitu berharap supaya saya dapat mengikut jejak langkahnya sebagai tentera udara. Apatah lagi saya anak sulung dalam keluarga empat beradik.
“Namun, saya ni seorang gadis yang lemah lembut. Malah di sekolah dulu saya tak begitu aktif dalam pasukan beruniform. Sebabnya jiwa saya lebih dekat dengan bidang seni dan bukannya yang lasak.
“Ini menyebabkan ayah memberi saya kebebasan untuk memilih kerjaya yang lebih saya minat. Jadi saya pilih bidang kecantikan,” katanya.
Kini Nazila yang mahu dikenali Azie sudah setahun bekerja sebagai Perunding Kecantikan di sebuah premis di pusat bandar, Kuala Lumpur.
Dalam diam, gadis manis dari Muar, Johor itu mula memasang impian membuka pusat kecantikan sendiri hasil satu masa kelak.
Sebelum itu dia mahu menimba sebanyak mungkin pengalaman dalam selok belok bidang berkenaan agar apa yang diimpikannya menjadi kenyataan.
“Tugas sebagai perunding kecantikan tidak hanya memperkenalkan produk terbaru kepada pengguna. Pada masa sama saya perlu mempunyai pengetahuan luas mengenai setiap produk itu di samping sentiasa tampil cantik dan menarik.
“Dengan itu lebih mudah untuk saya meyakinkan pengguna mengenai produk yang ditawarkan. Begitupun bukan senang nak memuaskan hati pelanggan. Setiap kerenah mereka memberi pengalaman berguna kepada saya,” kata anak kepada pesara tentera, Sulaiman Hasan,40.
Azie menambah dia tidak hanya bergantung kepada pengalaman saja untuk membuka perniagaan kelak.
“Dalam usia yang masih muda ini, saya merancang menyambung pelajaran dalam bidang kecantikan di kolej swasta untuk melengkapkan diri saya.
“Sasaran saya dalam tempoh sepuluh tahun lagi saya akan membuka sebuah pusat kecantikan,” kata bekas pelajar Sekolah Menengah Perempuan Air Panas, Setapak ini.



Nama: Nazila @ Noor Aziee Sulaiman
Panggilan: Azie
Tarikh Lahir: 1 Julai 1985
Asal: Muar, Johor
Keluarga: Anak sulung dari empat beradik
Tinggi: 166 cm
Berat: 55 kg
Zodiak: Cancer
Hobi: Menyanyi
Kerjaya: Perunding kecantikan
Cita-cita: Usahawan yang berjaya
Kod: 144
|

This page is powered by Blogger. Isn't yours?