Friday, July 16, 2004

 

Fadhilat Azan

Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati ALLAH SWT,

Mengapa lidah kelu disaat kematian? tetapi kematian itu pasti

menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba

kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak

dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik

mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan

kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas

menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata

apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam

kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan

diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas

sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya

ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal

hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah

"Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan

kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya

menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama

menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak

kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah

kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan

lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul

maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:

1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.

2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.

3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yg haram.

3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:

1) Merahsiakan ibadahnya.

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma

masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.

Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara

tentang bagaimana untuk memasukinya.

Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.

OLEH ITU JANGAN BIARKAN DIRI KITA INI

MENJADI SEBAHAGIAN DARI KELUCUAN TERSEBUT, INSYA'ALLAH.

|

This page is powered by Blogger. Isn't yours?